Thursday 3 October 2013

0 KUBUR BERKATA-KATA

KUBUR BERKATA-KATA

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah
r.a.meninggal dunia maka jenazahnya telah
diusung oleh 4 orang,antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi
kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata
kepada kubur, "Wahai kubur,tahukah kamu
jenazah siapakah yang kami bawakan kepada
kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti
Fatimah az-Zahra,anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi
mereka yang berdarjat atau orang yang
bernasab, adapun aku adalah tempat amal
soleh,orang yang banyak amalnya maka dia akan
selamat dariku,tetapi kalau orang itu tidak
beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari
aku (akan aku layan dia dengan seburuk-
buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang
itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah
melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca Al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca
tasbih kerana dengan memperbanyakkan
membaca tasbih,ia akan dapat menyinari kubur
dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka
mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri Rasulullah SAW
telah bersabda yang bermaksud"Bersucilah kamu
semua dari kencing,kerana sesungguhnya
kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari
kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari
segala macam siksaan dalam kubur,walaupun ia
seorang alim ulama' atau seorang anak yang
bapanya sangat dekat dengan ALLAH SWT.

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah
orang itu orang miskin,orang kaya,orang
berkedudukan tinggi atau sebagainya,kubur akan
melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang
telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan
dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan
oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan
cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara
kita yang jahil takutlah kamu kepada ALLAH
SWT. dan takutlah kamu kepada soalan yang
akan di kemukakan ke atas kamu oleh malaikat
Mungkar dan Nakir,maka mereka mungkin akan
menjawab, "Ah mudah sahaja,aku boleh
menghafal untuk menjawabnya."Itu adalah kata-
kata orang yang tidak berfikiran.

Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap
soalan di alam kubur jikalau dia tidak
mengamalkannya sebab yang akan menjawab
ialah amalnya sendiri.

Sekiranya dia rajin membaca Al-Quran,maka Al-
Quran itu akan membelanya dan begitu juga
seterusnya.
Semoga ALLAH senantiasa menjauhkan dan
melindungi kita dari siksa kubur dan memberikan
kita nikmat kubur.Aamiin..

0 comments:

Post a Comment